Alat perkusi jika dimainkan dengan betul mampu memberi inspirasi kepada pengkarya dalam menghasilkan karya seni yang bermutu

Selasa, 13 November 2012

CARA BERMAIN ALAT PERKUSI DALAM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH


 Permainan Alat perkusi

          Permainan alat perkusi melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat perkusi.  Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai alat perkusi termasuk penggunaan anggota tubuh badan mereka.

        Seterusnya kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi.  Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain alat perkusi.
     
       Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggungjawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Antara matlamatnya ialah :

  1. Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm)
  2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik di mana kebanyakkan mereka tidak berpeluang belajar bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya menghargai nilai seni bunyi.
  3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapat menghayati dan menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.
          

TAMBORIN


Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
  1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
  2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.

 






TIK TOK
Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.
Cara memegang dan memainkan tik-tok 
  1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
  2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.
 





KERINCING


Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

  1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.
  1. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.

                               


LOCENG
Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.

Cara memegang dan memainkan loceng : 
  1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
  2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan      tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.




VIDEO MENUNJUKKAN TEKNIK ASAS BERMAIN ALAT-ALAT PERKUSI


DRAM TENOR

Dram tenor mempunyai dua permukaan berkulit. Saiz dram tenor adalah besar sedikit daripada dram getar. Sepasang pemukul digunakan untuk memainkannya. Dram tenor tidak mempunyai gegetar.

Cara mengendali dan memainkan dram tenor :
  1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan tidak rapat dengan badan dram, atau
  2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang.
  3. Pegang kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
  4. Gunakan pemukul khas (mallet) dan palu permukaan dram sebelah atas








DRAM GETAR / SNARE
Dram  getar  mempunyai  dua  permukaan.  Permukaan  bawahnya  terdapat  gegetar yang
Bergetar  apabila  diketuk.  Sepasang  kayu  pemukul  digunakan  untuk  memainkannya.

Cara mengendali dan memainkan dram getar :
  1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau
  2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja)
  3. Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
  4. Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.






DRAM BES

Dram bes menggunakan “stand” atau digantung dan disandarkan pada bahagian perut pemain. Ia menggunakan pemukul khas. Paluan bahagian tengah muka dram pad kiri dan kanan. Dram juga boleh dipalu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.







Kemahiran Memainkan Alat Perkusi


Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar :
  • Menunggu giliran mengikut skor.
  • Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama
  • Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan
  • Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik
  • Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin

1 ulasan:

  1. Terima kasih cikgu, hasilan yang membantu untuk kefahaman yang mudah. Tahniah

    BalasPadam