Alat perkusi jika dimainkan dengan betul mampu memberi inspirasi kepada pengkarya dalam menghasilkan karya seni yang bermutu

Selasa, 13 November 2012

ALATAN PERKUSI DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH SENDAH

Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari.


Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggungjawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi.


Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut  teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan