Alat perkusi jika dimainkan dengan betul mampu memberi inspirasi kepada pengkarya dalam menghasilkan karya seni yang bermutu

Selasa, 13 November 2012

ALAT PERKUSI MENGIKUT KATEGORI



           Perkusi secara definisinya adalah alat muzik yang boleh diketuk atau dipalu atau digoncang atau digarik atau yang mempunyai dua atau lebih ciri-ciri di atas. Ia merupakan alat muzik yang paling asas, digunakan oleh manusia sejak 6000 tahun sebelum Masehi. Tidak hairanlah jika ia dikatakan sebagai ‘tulang belakang’ atau ‘backbone’ kepada sesuatu susunan muzik. Terdapat tiga jenis alat perkusi iaitu membranophone, metalonophone dan idiophone. Membranophone adalah alat perkusi yang menggunakan kulit atau apa-apa medium yang membentuk membran untuk menghasilkan bunyi, seperti kompang, gendang jawa atau conga. Metalonophone pula mengkhususkan permainan alat perkusi yang berasaskan logam pejal yang sudah dilaraskan bunyinya mengikut nota-nota muzik yang tertentu seperti gamelan, caklempong, dan xylophone. Alat perkusi yang boleh menghasilkan bunyinya sendiri tanpa sebarang medium dipanggil idiophone. Ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri untuk menghasilkan bunyi contohnya angklung, tambourine, shaker dan cymbal. 


Contoh alat perkusi mengikut kategori
Contoh Alat Yang Diketuk
Contoh Alat Yang Digoncang
Contoh Alat Yang Digarik
Contoh Alat Yang Digosok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan