PENGENALAN
Perkusi ialah alatan muzik yang sering digunakan untuk mengiringi nyanyian puisi, marhaban dan sebagainya. Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W tiba di Madinah, baginda telah disambut dengan meriahnya oleh umat Islam dengan alunan nasyid dan selawat ke atas baginda. Mereka bukan sahaja bernasyid malahan diiringi oleh alunan kompang yang dimainkan oleh kaum Ansar.
Semasa peperangan, perkusi juga digunakan oleh umat Islam untuk menaikkan semangat mereka. Gendang-gendang ini dimainkan oleh kaum wanita. Ini menunjukkan bahawa wanita juga boleh terlibat di medan peperangan. Sejarah-sejarah tersebut memperlihatkan bahawa gendang atau perkusi mempunyai perkaitan yang rapat dengan jiwa dan pergerakan fizikal kita. Semuanya bergantung kepada bagaimana cara dan tujuan kita menggunakannya. Selagimana ia tidak bertentangan dengan hukum syara’ maka gunalah ia sebaik-baiknya.
|
Definisi Perkusi
Menurut kamus Oxford, perkusi bermaksud alat muzik yang dimainkan secara diketuk, dipukul atau dipalu. Tetapi definisi ini tidak mencukupi bagi skop perkusi yang begitu besar. Sebenarnya perkusi bermaksud, alat muzik yang dimainkan secara diketuk, digoncang, digosok atau digarikkan. |
Muzik adalah sumber inspirasi dan ketenangan jiwa bagi setiap insan. Walaubagaimanapun, harus diingatkan, ini hanyalah sebahagian daripada hiburan duniawi. Namun, hiburan yang paling hakiki adalah dengan mengingati tuhan dan menghayati ciptaan-Nya. Kita telah diberikan pilihan untuk memilih corak hiburan yang sesuai dengan jiwa dan sanubari kita, tapi ia perlu mengikut landasan yang ditetapkan syariah agama terhadap kita.
Perkusi secara definisinya adalah alat muzik yang boleh diketuk atau dipalu atau digoncang atau digarik atau yang mempunyai dua atau lebih ciri-ciri di atas. Ia merupakan alat muzik yang paling asas, digunakan oleh manusia sejak 6000 tahun sebelum Masehi. Tidak hairanlah jika ia dikatakan sebagai ‘tulang belakang’ atau ‘backbone’ kepada sesuatu susunan muzik. Terdapat tiga jenis alat perkusi iaitu membranophone, metalonophone dan idiophone. Membranophone adalah alat perkusi yang menggunakan kulit atau apa-apa medium yang membentuk membran untuk menghasilkan bunyi, seperti kompang, gendang jawa atau conga. Metalonophone pula mengkhususkan permainan alat perkusi yang berasaskan logam pejal yang sudah dilaraskan bunyinya mengikut nota-nota muzik yang tertentu seperti gamelan, caklempong, dan xylophone. Alat perkusi yang boleh menghasilkan bunyinya sendiri tanpa sebarang medium dipanggil idiophone. Ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri untuk menghasilkan bunyi contohnya angklung, tambourine, shaker dan cymbal. Namun jenis alat perkusi yang ingin didalam kelas perkusi ini ialah membranophone.
Sejarah |
Sejarah Perkusi
Perkusi merupakan sejenis alat muzik terawal yang digunakan di dunia ini. Ia merupakan alat hiburan alternatif bagi masyarakat terdahulu selain nyanyian. Malah ia digunakan untuk mengiringi nyanyian seseorang dan menambahkan lagi mutu persembahan tersebut disamping mewarnai melodi sesebuah lagu dengan rentak-rentak tertentu.
Alat-alat perkusi boleh ditemui di mana-mana sahaja. Hampir setiap etnik, kaum atau bangsa mempunyai alat perkusi yang melambangkan identiti mereka. Perkusi menjadi melodi asas atau `basic rhythm’ untuk sesebuah lagu. Ini kerana rentak perkusi lah yang akan menentukan corak dan jenis lagu itu. Sebagai contoh, dalam masyarakat Melayu, rentak asli hanya sesuai di mainkan untuk lagu-lagu asli sahaja. Ianya tidak sesuai dimainkan untuk lagu inang kerana struktur lagu itu mempunyai corak yang berbeza daripada lagu asli. Jadi, di sini kita dapat membuat satu kesimpulan bahawa penggunaan rentak yang sesuai amatlah penting dalam sesebuah lagu. Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan kepada seseorang itu menggunakan sesuatu rentak perkusi untuk lagu yang berlainan. Inilah yang dikatakan sebagai pengolahan kreatif atau `creative arragement’ untuk mencipta melodi kreatif yang baru. Namun begitu amatlah diharapkan agar kita dapat memelihara keaslian lagu-lagu tersebut walaupun terdapat pengolahan yang baru pada lagu. Pada zaman dahulu, alat-alat perkusi bukan sahaja digunakan sebagai alat hiburan, tetapi juga sebagai alat perhubungan. Sebagai contohnya, `talking drum’ atau gendang bercakap, digunakan oleh orang Afrika yang tinggal di pesisir pantai untuk berkomunikasi dalam jarak-jarak tertentu. Seorang nelayan yang baru pulang dari lautan membawa hasil tangkapan akan membunyikan gendangnya menandakan dia sudah pulang. Begitu juga seorang ibu yang mahu memanggil ahli keluarganya pulang untuk menikmati makanan, akan membunyikan gendang tersebut dengan cara ketukan atau bunyi-bunyi yang tertentu.
Selain itu, perkusi juga digunakan sewaktu perperangan untuk menaikkan semangat para pejuang menentang musuh. Jika kita lihat dalam siri-siri peperangan di Eropah pada masa dahulu, askar-askar kerajaan akan diiringi oleh `snare drum’ atau dram samping semasa berperang. Setiap langkah mereka selalunya mengikut rentak yang dimainkan oleh pemain drum. Sebab itulah wujudnya rentak ‘march’ yang yang bertujuan memberikan semangat kepada para pejuang. Setiap paluan yang dipukul adalah sebagai arahan kepada askar untuk maju ke medan perang
|